Sunday, 28 September 2014

Dia... Siapa? ~ Introductions

Blurb :

Dek kesibukan menguruskan syarikat Sri Permata Sdn Bhd, tiada google translate yang boleh menerangkan Ku Ashraf Rayyan tentang cinta atau kasih sayang. 

"Ini P/A baru Tengku, Wana Wafiyya."~Kak Asrar

Wana Wafiyya. Gadis bercermin mata tanpa cermin. Siap ada reben pink kat atas. Cute. Mata bulat, bibir pink-pink gitu! Tetapi tersimpan satu rahsia, tidak! Dua rahsia! Demi menjaga amanah orang yang Ash sayangi, biarlah dia terus memerhati.

"Fiya, janganlah panggil saya Tengku, panggil Ash dah cukup."~Ku Ashraf Rayyan

"Okay Teng... sorry, Ash."~Wana Wafiyya


Hubungan yang rapat seperti kekasih membuatkan Ash menjadi berani untuk melamar Wafiyya. Tetapi, penyataan 'bos' sebenar Wafiyya benar-benar mengejutkannya.

Dapatkah dia larikan diri dari kenyataan pabila Wafiyya mengatakan sesuatu yang nyata membuatkan hatinya luruh? Rahsia apa yang disimpan Wafiyya?

Watak-watak :

Wana Wafiyya (anggaplah Eina Azman sebagai modelnya)

Ku Ashraf Rayyan (anggaplah Afiq Muiz sebagai modelnya)




Krysya

Assalammualaikum semua! Salam 1 Malaysia!

Sebelum itu, Krysya akan membahasakan diri sebagai Krysya. Nama penuh Krysya adalah Krystal NurDelisya. Manis bukan?

Krysya wujudkan blog ini atas beberapa sebab :
  1. Nak belajar blogging. >_<
  2. Nak cari kawan. ^_~
  3. Ikut GA, Segmen dan sebagainya. >^<
  4. Tulis E-novel.
Yang terakhir iaitu tulis E-novel. Diminta semua tunggu ya? (Perasan je kau Krys, macamlah ada pembaca nak baca!) Nanti Krysya tulis intro.

Any questions? Just drop it at the comment box or contact me at FB Krystal NurDelisya